Wednesday, May 27, 2009

Kontrak PRS


KONTRAK PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Sebagai seorang ahli kumpulan PRS yang melibatkan tanggungjawab dan tugas dengan ini adalah penting bagi saya untuk:
• Tidak ponteng kelas dan sekolah tanpa alasan yang munasabah.
• Menjaga imej dan sahsiah diri supaya sentiasa menjadi pelajar yang boleh dicontohi dalam semua aspek
• Belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai keputusan akademik yang baik
• Menjaga nama baik Pembimbing Rakan Sebaya; dan

Faham bahawa program ini mengandungi:
• Latihan hujung minggu
• Sesi latihan yang berterusan
• Sesi taklimat dan mesyuarat

Saya sedar bahawa kegagalan saya hadir dalam sesi latihan, taklimat atau mesyuarat sebanyak 3 kali berturut-turut atau bertingkahlaku buruk di sekolah atau di luar sekolah saya boleh digugurkan dari program ini. Saya berharap semua keputusan yang dibuat berkaitan pengguguran ini hendaklah dibincangkan dengan saya terlebih dahulu.

No comments: